Mengandung | Ujian Kehamilan Positif Tetapi Samar {Feb 2012}

Dalam bulan December 2011, saya mengalami apa yang dinamakan kehamilan kimia atau chemical pregancy. Ujian kehamilan seminggu sebelum tarikh dijangka haid positif tetapi samar dan kemudiannya menjadi negatif 6 hari kemudian. Tiada rezeki di situ.

Haid saya datang seperti biasa dalam bulan Januari 2012 pada 12 haribulan.

Saya mendapat sakit kepala yang agak kuat lebih kurang seminggu sebelum tarikh dijangka haid dalam bulan Februari 2012. Disamping itu saya juga alami sakit pada kedua bahagian ovari. Terasa seperti kilang telur terlebih stimulasi umpama disuntik Pregnyl (hormon HCG yang diberikan jika mendapat rawatan kesuburan Clomid atau Gonal-f).

Tetapi saya tidak buat apa-apa rawatan kesuburan! Pada ketiga-tiga kehamilan sebelum ini saya juga merasa ovari distimulasi hormon HCG (human chorionic gonadotropin) yang dikeluarkan badan apabila kita mengandung. Jadi adakah saya…….

Pada 11 Februari 2012 (sehari sebelum haid dijangka datang), saya buat ujian kehamilan sendiri. Hasilnya, positif!

Ujian Kehamilan

Tetapi kelihatan agak samar macam masa kehamilan kimia dalam bulan December 2011 berlaku. Saya risau kehamilan kimia berulang lagi.

Saya ulangi ujian kehamilan pada 13 Februari 2012 (sehari selepas haid dijangka datang). Hasilnya, tetap positif dan semaking terang! Alhamdulillah…. tetapi saya masih risau. Mungkin tiada lagi risiko kehamilan kimia tetapi ada risiko lain yang saya takuti.

Ujian Kehamilan

Saya pernah alami dua kali keguguran pada usia kandungan 10-11 minggu. Jadi, saya sangat risau ianya berulang lagi. Sangat risau!

Rasa risau menyebabkan saya melakukan lagi ujian kehamilan pada 15 Februari 2012. Saya ingit lihat samada paras hormon HCG dalam badan semakin meningkat atau kurang. Paras HCG boleh diukur dengan ujian darah tetapi saya tidak mahu jumpa doktor terlalu awal. Gunakan UPT (urine pregnancy test) pun boleh walaupun tidak tepat.

Paras hormon HCG yang meningkat akan cepat dikesan oleh ujian air kencing sepantas sesaat UPT diletakkan dalam bekas air kencing. Warna jalur positif pula mestilah semakin terang hampir menyamai jalur petanda aras. Jika jalur positif semakin samar atau langsung tiada itu adalah petanda tidak baik.

Ujian Kehamilan

Hasilnya masih positif. Tetapi UPT masih agak lambat mengesan paras hormon HCG – sama seperti ujian yang dilakukan pada 13 Februari 2012.

Saya perlu menunggu 5-10 minit sebelum dapat melihat jalur positif. Masa yang agak lama bagi saya kerana kehamilan-kehamilan sebelum ini jalur positif terus kelihatan beberapa saat setelah diletak dalam air kencing. Saya masih risau.

Apa yang boleh saya lakukan sekarang ini hanya berdoa supaya kehamilan kali ini berjalan lancar dan menjaga pemakanan saya sebaik mungkin.

 

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *