Mengandung | Kehamilan Kimia – Chemical Pregnancy!

Berita tidak baik ~ saya TIDAK mengandung. Haid datang tepat pada 12 December 2011 iaitu tarikh saya dijangka datang period.

Tunggu. Kalau tidak mengandung kenapa ujian kehamilan UPT positif *walaupun agak samar/tidak jelas* beberapa hari sebelum tarikh saya dijangkakan period?

Sudah pasti saya mengandung dan telah alami keguguran yang sangat awal iaitu sebelum tarikh period. Keguguran yang awal ini dinamakan kehamilan kimia atau chemical pregnancy.

Kehamilan kimia biasa berlaku disebabkan kita membuat ujian kehamilan terlalu cepat. Period belum tiba masa tapi kita sudah buat ujian air kencing. Biasa lah tu ~ hanya orang yang susah mengandung sahaja suka buat ujian kehamilan cepat sangat ni.

Saya telah membuat ujian kehamilan seawal 11 hari selepas ovulasi (11 DPO – day past ovulation) iaitu seminggu sebelum tarikh jangkaan haid seterusnya. Tarikh jangkaan haid ialah pada 12 December 2011.

Hasil ujian kehamilan pada 4 December 2011 adalah positif.

Kehamilan Kimia

Hasil ujian kehamilan pada 9 December 2011 juga masih positif.

Kehamilan Kimia

Hasil ujian kehamilan pada 11 December 2011 adalah negatif!

Kehamilan Kimia

Haid saya datang tepat pada 12 December 2011. Memang sedikit sedih tetapi sebab tiada rezeki di situ tidak mengapa. Saya tetap gembira kerana kehamilan kimia ini membuktikan yang saya boleh mengandung tanpa rawatan kesuburan.

50% daripada kehamilan pertama berakhir dengan keguguran awal. Kebanyakan wanita tidak tahu langsung mereka mengandung kerana haid datang tepat pada masanya.

Punca utama kehamilan kimia adalah disebabkan masalah kromosom dalam janin. Lain-lain sebab ialah lapisan rahim yang nipis, ketidaknormalan rahim, paras hormon yang rendah, kecacatan fasa luteal *luteal phase* dan jangkitan kuman.

Tidak mengapa. Boleh cuba lagi!!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *