Tips Mengandung | Baju Mengandung Murah dan Cantik?

Tahniah kepada beberapa orang pembaca blog ini yang telah berjaya mengandung setelah sekian lama berusaha!! Memang kalau kita tak give up dan terus berusaha pasti ada rezeki. Tuhan nak tengok kesungguhan kita sebab bukan mudah bila nanti menjadi ibu ni. Hebat dugaan tau.

Hari ni I nak share sedikit tips mengandung. Kalau dah mengandung tu mestilah perut makin lama makin besar. Malah badan pun makin mengembang he..he

Jadi, baju dan seluar harian kita yang biasa memang tak kan muat. Kita kena cari baju dan seluar mengandung supaya badan selesa. Kalau kita jenis tak kisah pakai baju mengandung orang lain boleh je pinjam dari adik beradik. Kalau kita jenis over tak kisah, pinjam je dengan kawan-kawan. No hal kan?

Tapi kalau kita ni jenis geli-geleman nak pakai baju mengandung terpakai (walaupun adik-beradik punya), so kenalah beli baju mengandung sendiri. Terutama kalau ini pengalaman mengandung kali pertama.

Memang banyak pilihan  baju mengandung dan juga seluar mengandung yang boleh dibeli di pasaran. Macam-macam style baju mengandung ada. Ada yang mahal macam dari butik Modern Mom. Ada juga yang murah.

Of course kalau baju mengandung yang branded mestilah mahal sebab jenama kan. Tapi  style baju I tengok ketinggalan zaman jugak..he..he

Anyway, I tak mau cerita pasal baju mengandung yang jenis fancy-fancy dan MAHAL itu. Sebab I memang tak beli baju mengandung mahal. Setiap kali masuk butik baju mengandung yang mahal, mesti tak jadi beli.

Sebab bila I nak pilih baju mengandung, I mesti nak tengok kriteria berikut.

  • Jenis kain baju mengandung mestilah kain kapas berkualiti atau kain jersey. Kalau tak panas wooooh!
  • Style baju mengandung jenis blouse bukan jenis maxi dress. Sebab I suka pakai seluar maaah. So kena dipadankan dengan blouse.
  • Design yang simple dan selesa.
  • Lengan panjang atau tiga suku.
  • Jenis sarung bukan jenis ada butang depan.
  • Jenis leher bukan berkolar.
  • Cutting jenis empire cut  (boleh pakai anytime ;))

Wah!! Banyak gila syarat nak beli baju mengandung I nih.. Sebab tu bila masuk butik baju mengandung mahal I kecewa. Sebab kebanyakannya baju jenis maxi dress dan tak menepati piawaian I. Mak tak suka!!! he..he 

Nasib baik I jumpa tempat beli baju mengandung yang banyak pilihan dan yang penting harga berpatutan. Bagi I kalau baju mengandung harga dalam RM39-RM59 sehelai (blouse) tu memang murah sangat la tu. Terutama kalau dibuat dari kain yang selesa dengan design simple. Mak suka!!! 

Tempat yang I suka beli baju mengandung murah, cantik dan selesa ialah di Jusco. Jusco je…… ? Ye dik… Jusco je.. he..he

Baju mengandung yang I maksudkan ialah jenama SCARLET.

Malah dekat Scarlet Jusco ni banyak jugak pilihan seluar mengandung dan jugak skirt mengandung. Macam-macam design ada.

Tapi kena tengok jugak Scarlet tu kat Jusco mana. Kalau kat Jusco Bukit Raja tu limited sikit pilihannya. Kalau kat Jusco SetiaWangsa banyak pilihan!!

Kalau you all jenis badan besar tapi tak mengandung pun boleh beli baju kat Scarlet Plus. Banyak baju cantik saiz besar punya. 

Ewaaah.. promote baju Scarlet Jusco la pulak. Kih..kih..kih

Ini bukan iklan okeh. Tampalan ini dibuat sebab I nak kongsi maklumat dan pengalaman yang boleh jadikan hidup mereka yang mengandung lebih senang. Takde lah terkial-kial nak cari baju mengandung lagi kan…
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *