Masalah Keguguran | Dikorek Dengan Speculum & Forcep!

Sejak keguguran kali kedua, I sangat phobia dengan benda yang dinamakan SPECULUM!!!

Bagi you all yang senang mengandung (tak perlu jalani IUI atau IVF) dan tak pernah alami masalah masa mengandung (pendarahan atau keguguran) – mesti kebanyakannya tak pernah tau apa ke benda Speculum nih. Kecuali you all memang doktor.

Nota: Speculum ni tak sama dengan transvaginal scan tu tau. Vaginal scan tu bentuk dia tak sebesar speculum dan tujuan untuk scan melalui bawah. Tapi speculum ni tujuan untuk buka tengok bahagian serviks. Dan yes.. speculum diguna masa kita 100% sedar.

Speculum ni bukan benda asing bagi I. Masa nak buat prosedur IUI (memasukkan sperma dalam rahim) doctor akan gunakan speculum untuk buka pintu rahim.

I pernah IUI dua kali so dua kali pernah dimasukkan speculum kat bahagian vagina tuh.

Tapi masa buat IUI – penggunaan speculum adalah sangat pantas. Tak sampai seminit rasanya dah siap dah terus dikeluarkan. So, tak ada rasa sakit apa pun kecuali kalau kita tak releks.

Masa I hampir bersalinkan Izzah dan dimasukkan ke Dewan Bersalin Hospital Sungai Buloh pun ada guna speculum juga. Masa tu doctor buat Vaginal Examination (VE) guna jari untuk tengok bukaan serviks (pintu rahim).

Tapi sebab serviks belum buka, doctor guna speculum untuk check sebab air ketuban I dah pecah. Masa tu I tak ada masalah pun dengan speculum.

Masa keguguran anak kedua pada December 2008 (klik untuk baca kronologi keguguran), doctor juga guna speculum untuk check samada kantung baby dah keluar ke belum.

Doktor lelaki yang guna speculum tu pun buat dengan sangat cepat dan I pun tak rasa sakit sangat.

Minggu lepas masa keguguran anak ketiga, doktor perempuan yang check I pada malam tu dekat EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) pun guna speculum untuk tengok bukaan rahim. Penggunaan speculum juga tak sampai seminit dan dikeluarkan sepantas ia dimasukkan.

Tapi keesokan pagi, seorang doktor perempuan (I rasa macam doktor pelatih) membuatkan I jadi sangat phobia dengan speculum!!!!!

I ada nama doktor tu sebab dia yang sign discharge report I dekat EPAU tu. Doktor Dot Dot – sungguh dot dot lah doktor nih!

Nak tahu apa dia buat?

Doktor Dot Dot ni kata nak cuba keluarkan POC (product of conception) dari rahim so okeylah kan. Sebab tunggu dari malam POC tak keluar dengan sendiri walaupun dah jatuh ke pintu rahim.

So, dia gunakan speculum. Tapi cara dia gunakan speculum sangatlah tidak pro!!

Dia masukkan speculum and tinggalkan speculum dalam badan I hampir seminit untuk cari forcep!! Sepatutnya dia dah sediakan siap-siap speculum dan forcep sebelum buat prosedur tu kat I.

Bayangkan.. I boleh rasa speculum tu melekat dekat bahagian bawah beberapa ketika masa dia bangun pergi cari forcep. Disebabkan tu.. I rasa panik dan sakit.

Pastu another stupid thing yang dia buat adalah tersalah tarik tisu pintu rahim I dengan forcep!!! Memang sangat sakit tau tak. DaMM u doktor!!

Lepas POC dikeluarkan, nurse bagi I suntikan bagi kecutkan rahim. Sepatutnya lepas suntikan kecutkan rahim, I kena tunggu 4 jam sebelum doktor pakar datang scan rahim I balik.

Tapi tak sampai sejam lepas suntikan kecutkan rahim, doktor Dot Dot dah panggil doktor M untuk check. Doktor M pun scan again dan kemudian buat Vaginal Examination (VE) guna jari dan dia terkejut sebab serviks I masih bukak!!

So, Doktor M cepat-cepat ambik speculum dan forcep untuk check I sebab dia kata mungkin ada POC tertinggal dalam rahim. Aduh… speculum lagi!!!

Masa tu bila nampak je speculum I dah panic dan tak boleh releks so kemasukan speculum dekat vaginal tu menjadi sangat sakit. Doktor M masukkan forcep melalui speculum untuk cari POC tapi tak ada pun.

Lepas tu baru Doktor M tanya Doktor Dot Dot bila suntikan kecutkan rahim diberikan. Bila dapat tahu baru sejam terus Doktor M marah Doktor Dot Dot on the spot.

Doktor M kata suppose tunggu sekurang-kurangnya 4 jam lepas suntikan untuk check semula. Kalau check dalam masa sejam memang serviks belum tutup.

Doktor Dot Dot: Oh.. kena tunggu 4 jam ke? I thought 1 jam..

Doktor M: Mana 1 jam. Have to wait at least 4 hours. You know what, this has cause unnecessary speculum procedure and unnecessary pain to the patient! Being probe with speculum is not a fun thing you know!!

Doktor Dot Dot: Oh.. sorry!

Doktor M: You tak perlu minta maaf dengan I tapi minta maaf dengan patient.(tunjuk dekat I yang masa tu dah nak nangis).

Lepas je prosedur kena speculum lagi (dua kali dalam masa sejam tu).. I terus rasa sedih dan nangis..hu..hu

You know what… that Doktor Dot Dot didn’t even bother untuk minta maaf dengan I pun after that stupid painful mistake!!!

Agaknya dia tak pernah kena speculum herself kot. Later bila when the time comes dan dia sendiri merasa kena speculum tu baru dia tahu nak buat the procedure as quick as possible.

Anyway.. disebabkan ni natural miscarriage dan POC semua keluar so I tak perlu kena prosedur ERPOC (Evacuation of Retained Products of Conception). D&C (dilation and curettage) tu pulak hanya untuk miscarriage tidak semulajadi (baby no heartbeat/tak membesar/mati tapi masih belum gugur dengan sendiri dalam tempoh ditetapkan).

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *