DARC | Denai Alam Recreation Center

Pernah dengar pasal DARC? Kalau duduk sekitar Shah Alam dan Denai Alam mesti pernah dengar dan pernah jejakkan kaki ke DARC.

DARC Denai Alam

I first time tahu pasal DARC ni masa sambutan birthday Sara anak Farah Sarakids. Tu first time lah pergi DARC. Kalau tak memang tak tahu tempat ekslusif DARC nih he..he

DARC Denai Alam

DARC adalah singkatan kepada Denai Alam Recreation Center.

Sebenarnya DARC kat Denai Alam ni adalah pusat rekreasi keluarga. Kat DARC macam-macam aktiviti boleh dibuat. Of course ada bayaran lah.

DARC Denai Alam

Tapi kalau jadi member (RM180 setahun untuk satu keluarga), boleh dapat half price harga untuk aktiviti macam kelas menunggang kuda, kelas memanah dan dapatkan perkhidmatan urutan di spa DARC.

Kami pernah dua kali ke Denai Alam Recreation Center ni. Tapi bukan sebagai ahli – hanya sebagai tetamu.

DARC Denai Alam

Walaupun sekejap je, sempat juga melawat kandang kuda.

DARC Denai Alam

Semua kuda-kuda di DARC ni ada nama masing-masing macam Win, Teguh, Tetap, Anugrah, Smiley, Siti Mas malah nama kuda Zideane pun ada…he..he

DARC Denai Alam

Masa first time pergi DARC, Izzah pakai kostum koboi merah.

DARC Denai Alam

Gaya je lebih.

DARC Denai Alam

Masa nak naik kuda menjerit-jerit..ha..ha

Apa kes koboi takut kuda pulak kan..he…he

DARC Denai Alam

Kat DARC ni ada satu restoran nasi Padang. Uniknya sebab konsep restaurant DARC ni makan sambil beramal.

So, tak ada harga ditetapkan untuk makanan yang kita makan. Terpulang pada kita nak bayar berapa. Duit tu akan didermakan pada anak yatim.

DARC Denai Alam

Kali kedua pergi DARC pun Izzah takat posing depan kuda.

DARC Denai Alam

Suruh naik confirm tak nak punya..he..he

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *