Aktiviti Izzah dalam Wad

Izzah masuk wad 3 hari last two weeks. Sebab Acute Bronchitis. Ni me nak kongsi cerita budak kecik ni masuk wad.

Sementara nak tunggu dapat bilik, me belikan Izzah belon smiley hijau kat satu-satunya kedai serbaguna kat ground floor KPJ Selangor Specialist tu. Mahal betul belon… RM2.50 satu!

Izzah @KPJ Selangor

Kami ambik bilik single sebab nak privasi. Tak kisah mahal sikit sebab insurans cover. Kalau terlebih kami bayar je lah.

Biasalah satu katil sahaja ada.. tapi kami diberikan satu baby cot berpalang besi yang maha besar. Super godang! Me baring dalam tu selamba je tak goyang pun…ha..ha..ha

Bilik 220

Izzah tak de masalah tidur dalam cot tu sebab kat rumah pun dia tido dalam cot. Sebab tu kita kena train anak tidur asing dalam cot sendiri instead of share katil kita atau letak dalam buaian… sebab time macam ni la (masuk wad).. ia amat berguna.

Imagine macam mana baby kecik nak tidur sekali dengan kita atas single bed yang tinggi dalam wad tu? Memang kemungkinan jatuh katil bagi baby yang tidur lasak sangat tinggi. Dan kalau dah biasa tidur buai pulak? Fikirkan lah ye.

Kat KPJ Selangor Specialist tu kami duduk wad 2A (tingkat 2).. dan kat tengah area wad (dekat lift) ada satu bilik permainan yang besar. Tiap-tiap pagi dan petang mesti Izzah nak pergi ke situ.

KPJ Selangor

KPJ Selangor

KPJ Selangor

Ada banyak mainan dan juga ramai kawan baru. Budak comel dalam gambar ni pun masuk wad sebab bronchitis. Tapi yang temankan dia ialah bibiknya.. bukan mak dia.

KPJ Selangor

KPJ Selangor

Dekat dinding luar bilik permainan, ada satu notice board besar dipenuhi surat, lukisan dan nota dari budak-budak yang pernah duduk wad tu. Ish.. Izzah nak kena buat gak kot ni…he..he

KPJ Selangor

Bila dah penat main, mana lagi boleh pegi. Selain berjalan pusing-pusing satu wad… tengok TV kat bilik pun kira best la jugak.

KPJ Selangor

KPJ Selangor

Aktiviti wajib dalam wad ialah sedut gas/wap nebulizer. Izzah sangat suka ni!

KPJ Selangor

Sebab dalam bilik sangat sejuk tahap gaban, maka acara mandi-manda hanya 2 kali sehari. Kalau kat rumah 3 kali..ha..ha..a

KPJ Selangor

Dan.. kalau dah rasa malas tak tahu nak buat apa lagi dah… baring-baring dalam cot sambil letak kaki kat palang pun seronok juga.

KPJ Selangor

Nasib baik me bawak kawan-kawan Izzah ni semua… jadi tak lah Izzah sorang-sorang dalam cot. Terima kasin Ipin, adik baby alive dan Patty the Panda!

KPJ Selangor

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *