Mekap Untuk Dinding

Ye betul! Dinding pun ada mekap you. Bukan muka dan blog je perlukan mekap supaya nampak lebih ceria… dinding pun sama.

Me memang ada pasang angan-angan nak letak wall paper kat dinding rumah. Terutama yang kertas dinding jenis English style tu. Klasik anggun la rumah me nanti. Ewah… berangan!

Tapi…. kertas dinding ni kan mahal… tu belum masuk upah pasang. Nak pasang sendiri? Oh.. boleh… nak kena kikis cat sedia ada… make sure dinding tak de benda asing melekat… sapu gam kat kertas dinding… ish…ambik masa bertahun la agaknya…ha..ha..

So… puas hati je la dengan cat Nippon Odorless kat dinding rumah kami tu. Cantik tu cantik tapi nampak agak plain dan boring (ye la.. tuan rumah tak reti-reti nak hias.. plain la jadiknya..ahaks.)

Dinding rumah korang tak rasa boring ke?

Kalau ye.. jangan risau. Tak payah guna kertas dinding yang mahal. Guna je Jundeco Stickers untuk ceriakan dinding rumah korang. Murah pun murah. Malah pilihan design pun sangat cantik!!

Dalam beberapa minggu lepas, Sharon dari Jundeco Sticker contact me. Dia nak sponsor hadiah untuk contest kat MomBloggersPlanet. So, me decide nak buat satu contest pasal decorative wall stickers ni pada 15th – 30th Oct nanti kat MBP. Hadiahnya…dah tentulah self-adhesive wall stickers yang dipilih sendiri oleh pemenang!!

Yeha! Tak sabarnya me nak buat contest tu. Tapi kena tunggu jugak… sebab 1-15 haribulan kan slot Cutest Baby Contest. Mana boleh buat banyak-banyak contest time sama… pening me nak judge nanti…ha..ha

Dan, Sharon pun murah hati bagi me pilih 2 design stickers dengan percuma. Bestnya!

So… me pilih yang ni untuk bilik tidur…

Jundeco Stickers

dan yang bunga merah ni untuk sudut hiasan…

Jundeco Stickers

Cantik kan? Baru la ceria tengok dinding…ha..ha

Jundeco Stickers ni memang alternatif yang murah kepada kertas dinding. Harga dia antara RM39 – RM89 setiap satu design. Yang best, sticker hiasan dinding ni senang je nak letak. Me pasang sendiri je pun.

So, kalau korang rasa nak menghias rumah atau ofis dengan cara yang unik. Guna je self-adhesive stickers yang dibuat kat Korea ni. Antara pilihan yang ada ialah:

  1. Black/White Series
  2. Flower Series
  3. Kids Series
  4. Modern Series
  5. Tree Series 

Me punya dari Flower Series dan Tree Series. Love those stickers so much!

Kalau rasa nak Jundeco Stickers ni secara percuma, tunggu me buat contest kat MomBloggersPlanet pada 15 October nanti. Tungguuuuuu!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *