Madu Tertekan Belum Dapat Anak

Me nak share satu article dari suratkhabar Metro bagi pasangan yang belum dikurniakan rezeki anak. Mungkin boleh dijadikan rujukan.

SAYA berusia 37 tahun dan berkahwin selama lima tahun tetapi belum dikurniakan anak. Suami saya berusia 46 tahun dan mempunyai dua anak menerusi perkahwinan pertamanya. Untuk makluman puan, saya adalah isteri kedua.

Saya mempunyai masalah senggugut teruk setiap bulan. Saya sudah menjalani pelbagai rawatan kesuburan termasuk enam kali rawatan permanian berhadas (IUI), tetapi semuanya gagal.

Doktor mengatakan suami saya mempunyai masalah sperma rendah, manakala saya pula disebabkan penyakit senggugut. Setelah IUI kali ketiga, saya menjalani pembedahan teropong membuang darah senggugut sebelum meneruskan dengan rawatan IUI, tetapi tidak membuahkan hasil.

Doktor memberitahu pilihan seterusnya adalah rawatan secara tabung uji di hospital lain. Saya tidak mampu kerana setakat ini saya yang menanggung semua perbelanjaan, suami pula tidak rasa tertekan untuk mendapatkan anak.

Saya mendapat tahu mengenai Yayasan Tunku Azizah bagi bantuan kewangan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tetapi difahamkan sukar untuk mendapat bantuan itu kerana terlalu ramai permintaan.

Adakah IVF saja pilihan saya kini? Bolehkan doktor memberi panduan mengenai kos minimum IVF dan lokasi rawatan? Saya benar-benar harap agar doktor dapat membantu.

MENGHARAP,

Kuala Lumpur.

sperma

LIMA perkara penting yang perlu anda fahami sebelum membuat keputusan untuk memilih kaedah rawatan kesuburan seterusnya:

  • Ujian air mani suami. Anda tidak menyatakan secara terperinci mengenai bilangan dan kualiti sperma. Walaupun suami sudah mempunyai anak sebelum ini, tidak semestinya kualiti spermanya masih elok. Bagi kualiti sperma yang sangat rendah, rawatan IVF atau lebih tepat ICSI mungkin lebih sesuai.
  • Status tiub falopio anda. Ini dapat diketahui melalui pembedahan teropong (laparoskopi) yang sudah anda jalani dulu. Kadangkala tiub falopio tidak tersumbat sepenuhnya tetapi mengalami kerosakan fungsi akibat penyakit seperti endometriosis.
  • Bilangan IUI yang sudah anda jalani. Walau pun jika ujian air mani suami normal dan tiub falopio tidak tersumbat, menjalani IUI sebanyak enam kali tidak banyak mengubah peluang kehamilan jika menjalani IUI kali ketujuh. Malah, ia mungkin menambah lagi tekanan, mengurangkan simpanan kewangan dan menambah usia anda.

Kebanyakan doktor bersetuju dengan cadangan doktor anda untuk memilih IVF. Bagaimanapun, IUI masih boleh dilakukan atas permintaan anda.

  • Keadaan penyakit senggugut, lebih-lebih lagi jika ia mempunyai kaitan dengan penyakit endometriosis peringkat ketiga atau keempat, kerana ia boleh mengurangkan kesuburan wanita.
  • Usia anda yang semakin meningkat bermakna ubat kesuburan lazimnya perlu dalam dos lebih tinggi untuk menghasilkan sejumlah telur. Ini juga bermakna kos keseluruhan, sama ada IUI ataupun IVF adalah lebih mahal.

Di negara kita, rawatan kesuburan atau rawatan berkait kesuburan tidak ditanggung oleh majikan atau syarikat insurans.

iui

Bagi kakitangan kerajaan, terdapat kemudahan di mana kos ubat-ubatan boleh dituntut semula bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) setelah memenuhi syarat tertentu. Ini termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan 2001 Bilangan 4 (sila rujuk http://www.jpa.gov.my/pekeliling/).

Pada waktu itu, hanya LPPKN (sebuah badan berkanun) saja yang sudah lama menjalankan rawatan kesuburan sehingga IVF. Walaupun kos prosedur rawatan tidak boleh dituntut, ia sangat membantu memandangkan dalam rawatan kesuburan, kos ubatan hampir sama dengan kos prosedurnya, bermakna separuh rawatan seseorang dapat dibantu.

Anda pula masih dikategorikan sebagai infertiliti primer kerana anda belum pernah hamil (anak suami dengan isteri pertama tidak mengubah status ini). Secara prinsipnya anda (jika kakitangan kerajaan) boleh memohon dengan syarat mendapat perakuan doktor yang merawat dan persetujuan majikan anda.

Kini, beberapa hospital kerajaan juga memperolehi kepakaran dalam rawatan kesuburan sehingga IVF seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang serta hospital universiti seperti Pusat Perubatan UKM dan Pusat Perubatan UM – sama ada secara keseluruhan atau secara kerjasama dengan pusat IVF swasta, dengan menawarkan kos keseluruhan yang lebih rendah.

Sekiranya ia dijalankan secara kerjasama dengan hospital swasta, rawatan ubat-ubatan dan pemantauan dilakukan di hospital kerajaan manakala prosedurnya saja dilakukan di hospital swasta.

Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang lebih dikenali sebagai TAFF pula adalah satu badan kebajikan yang ditubuhkan untuk membantu pasangan warga negara mendapatkan bantuan kewangan menjalani rawatan IVF saja.

Setakat ini, belum ada suatu pertubuhan kebajikan di rantau ini atau di mana saja yang memberikan bantuan sedemikian. Menerusi bantuan ini, rawatan IVF pula akan dilakukan oleh mana-mana pusat kesuburan terkenal di dalam panelnya.

Malah, melalui hasil kejayaan kehamilan yang dilaporkan di akhbar ataupunmenerusi laporan tahunannya, seseorang dapat mengagak kadar kejayaan kehamilan pusat kesuburan ini secara amnya.

Bagaimanapun, permintaannya terlalu tinggi berbanding kemampuan yayasan ini yang hanya bergantung kepada aktiviti amal, derma dan hasil jualan buku untuk menanggung kos.

Ini bermakna, tidak semua malah kebanyakan pasangan yang memohon tidak berjaya kerana kos memakan ribuan ringgit.

Umum juga memahami kos rawatan IVF boleh mencecah antara RM12,000 hingga RM16,000 bagi setiap percubaan, bergantung kepada ubat dan pusat kesuburan.

Anda juga malangnya tidak memenuhi syarat memandangkan suami sudah mempunyai anak, keutamaan diberikan kepada mereka yang belum mempunyai anak.

Anda mungkin ingin mencuba ikhtiar lain. Berbincang bersama suami dan ahli keluarga lain yang mungkin dapat membantu.

Kos IVF di hospital swasta lazimnya mahal, lebih rendah jika dilakukan di hospital kerajaan.

Tidak salah anda bertanya hospital berhampiran.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • farah says:

    hahaha apesal saya tak rase kesian ek kat pompuan ni.hish kejam tul kan saya ni..maybe sebab die isteri kedua kot..opps!

    • mamibizi says:

      kat tempat keje ann dulu ada kes husband kawin 2 coz 1st wife tak ngandung²..elok pas husband dia kawin lain dpt tau 1st wife dh mengandung…

      sama² kita renungkan…
      .-= mamibizi´s last blog post..Jundeco Stickers Contest =-.

      • Little Mama™ says:

        farah, yep.. me pun sikit kureng respect sikit isteri no 2 above ni..he..he

        anyway, me just nak highlight pasal kes dia tak dpt anak tu.. perhaps problem dia sama dengan anyone else yg ada masalah nak mengandung.. could be the age atau problem from the husband’s side

  • Hanz says:

    hem..kesian kat dia sebab naluri keibuan pada mana2 pompuan tetap ada tapi ?? sebab isteri kedua..shoo-shoo-shoo, jauh2kan..hatiku biarlah berprasangka yang baik2 belaka…
    .-= Hanz´s last blog post..[STICKY MODE] Chatterbox 1st Anniversary Giveaway =-.

    • sitisifir10 says:

      Tadi daku tidak berpraqsangka tapi bila baca respon Hanz…tiba2 prasangka itu datang… tapi saya lebih berminat untuk mendoakan naluri keibuan dia itu menjadi satu kenyataan…

  • unlisted_one says:

    Mengenai statusnya sbg 2nd wife, nauzubillah..saya spt isteri lain pun minta dijauhkan. Tapi, kesian juga, dia tetap ada impian mcm wanita lain, nak jadi ibu..semuanya kuasa Tuhan kan..
    .-= unlisted_one´s last blog post..Mom Bloggers Planet =-.

  • nadnye says:

    hmm.. yea la nak cakap lebih2 pun tak boleh sebab isteri no 2, tapi kalau memang itu Qada dan Qadar Allah tentukan siapa kita, manusia biasa utk mengelak…walaupun aku pun tak mahu dimadu…

    kesian kat dia sebab naluri keibuannya tetap ada dah nama kan perempuan…
    .-= nadnye´s last blog post..Got Diaper Rash even with Cloth Diaper? =-.

  • Along says:

    Dulu ada seorang mamat upper management at my company kawin lagi satu sebab x dpt anak lelaki ngan 1st wife. Nak jadi cite, time 2nd wife preggers, 1st wife pun sama. Sekali dua2 kluar lelaki. Hmmm..lagi satu, sperm lelaki la yg menentukan jantina anak, jadi jngnla nak jadikan x dpt anak lelaki tu sebagai alasan nak kawin lagi.

    Kes 2nd wife..memang minta jauh la..susah nak ckp, selagi kita x merasa sendiri, kita takkan tau…

  • zar says:

    hi,
    would appreciate your help to promote or join this giveaway & cloth diaper fund for Rumah Titian Ashraful Rohaniah.

    I’m doing a giveaway contest to help RTAR buy CD for their babies. more info can be found in my blog.

    http://www.mysunshine2u.blogspot.com/
    ttp://rumahtar.blogspot.com/

    thank you in advance.

    Zarina

  • yus says:

    Salam..

    Apa topik sebenarnya nih?
    Isteri kedua kah?
    Atau tak boleh mengandung?

    Ok, first and foremost, this is my opinion ek..
    Jgn sesapa nak terasa..(ugut siap2 nih)

    Semua wanita yg berkahwin ingin melahirkan zuriat (ada gak yg tak nak – lantak le kumpulan ni!). Jadinya wanita yg diceritakan di atas masih boleh berusaha. Selagi ada usaha dan doa, selagi itu masih punya jalan. Sekalipun kita tiada masalah utk mengandung, tapi masih belum dikurniakan zuriat, kena lah check balik pada diri kita. Ada kah kita layak? Adakah dimana2 perbuatan kita yg menyebabkan Allah masih belum mahu memberi kita zuriat.

    Seterusnya, pasal bini pertama mengandung selepas bg suami kawen lain.. mmm..senang cerita, Allah bg dia hadiah di atas pengorbanan yg dia lakukan itu. Sbb tu Allah kurniakan zuriat. Guys, take it +ve. Mmg takde wanita yg sanggup dimadukan..

    Lelaki kalau dah menggatalkan, dari biar dia bergelumang dosa, baik bg kawen je. Dapat gak wanita tu payung emsa. Mmg lah akan jadi makan hati berulam jantung. Tapi ganjaran lebih hebat menanti di akhirat sana.

    ok? relax2 ek.. jgn berprasangka buruk. Jgn biarkan diri kita dikelilingi aura -ve. Sentiasa berfikiran +ve.

    Chaiyok mommies.

    p/s: Hari ni 1st day keje..sbb tu semangat giler nih :mrgreen:

  • nor khatijah shanthi abdullah says:

    masalah saya sebenarnya segugut dan suami saya kurang sperma. saya telah mendirikan rumahtangga selama 11 tahun.tapi masih belum dikurniakan cahayamata.saya dah cuba pelbagai cara termasuk secara batin ubat hospital dan macam macam cara .tapi tak berhasil langsung .adik dan kakak yang khawin lambat dari saya dah ada anak masing masing ada dua dua org anak.saya berharap sangat sangat semoga saya dapat lah tawaran untuk menjalani kaedah anak tabunng uji .saya betul betul malu dan tertekan sangat dengan keluarga mertua dan saudara mara tolong bantu saya .kalau boleh bagilah saya no telepone tempat yang melakukan rawatan anak tabung uji sangat berharap.umur saya 28 dan suami saya 36

  • nieda says:

    salam..saya nak tanya pendapat..saya dah berkahwin hampir 2 tahun dan masih belum memperolehi zuriat..hujung tahun lepas saya ada membuang ketumbuhan fibroid dan cyst.sebelum ini, pada tahun 2001 saya juga telah menjalani pembedahan endometriosis.saya tlah berjumapa dengan doktor O&G di hospital kerajaan di utara. doktor menyarankan saya membuat ivf kerana masalah endometriosis yang pernah saya alami sebelum ini. saya keliru kerana suami tidak begitu setuju. saya ingin mencuba iui terlebih dahulu. tetapi doktor menyatakan peratus kejayaannya kurang kerana masalah endomeriosis. saya berumur 32 tahun.saya nak tanya pendapat semua apa yang perlu saya lakukan..

  • mawar 3 says:

    salam.
    Saya pun ada masalah mengenai zuriat…Saya dak kahwin selama 13 tahun dan menpunyai seorang cahaya mata berumur 12 tahun. Penat sudah saya berusaha mendapatkan zuriat seterusnya, namun gagal. 3 tahun lepas saya menjalani rawataan iui, gagal dan bulan lepas IVF pun gagal….masalahnya umur saya dah 39 tahun, patut kah saya cuba rawatan ivf sekali lagi ? kalau sesiapa ada pandangan atau pengalaman bantulah saya buat keputusan…atau panduan…

    • Little Mama™ says:

      mawar, ada doktor bagitau apa masalah u hingga susah to get pregnant again tak.. mungkin boleh cuba IVF lagi sekali tapi sebelum cuba seeloknya sediakan badan untuk mengandung lagi.. iaitu makan makanan berzat, ambik folic asid, EPA.. saya doakan untuk awak ye

    • shima says:

      @mawar 3, saya shima sama mcm yg lain2 juga tapi saya telah berusaha selama 11 thn .hujung thn ini saya nk bt ivf kt tmc.itu usaha saya yg terakhir.lps ni saya berserah je pd allah.saya hrp berjaya….

  • mawar 3 says:

    salam little mama…
    Masalah ialah saya period tidak tetap (PCOS) manakala suami mempunyai sperma yang rendah. Menurut doktor, peluang untuk mengandung secara semulajadi amat sukar. Kalau boleh saya nak tau ada tak makanan untuk menstabilkan hormon saya dan meningkatkan sperma suami ?

    • norintan says:

      Salam

      Bagi pesakit PCOS seperti Mawar 3, sila rujuk ke website pcosupport.org.
      Kes-kes PCOS yang berjaya hamil adalah wanita yang berjaya meguruskan badannya 5-10% dari berat badan sekarang. Caranya : jangan makan makanan berkarbohidrat tinggi. Kurangkan lemak. Jangan makan/minum makanan/minuman bergula. Yang penting, bakar lemak dengan senaman di “gym” – latihan di gym membentuk otot yang boleh membakar lemak badan.
      “There is NO short cut to reduce weight in PCOS”. ( Tidak ada short cut untuk menggurangkan berat badan bagi pesakit PCOS.
      Apabila sel-sel lemak berkurangan, maka hormon akan stabil, dan segala masalah PCOS didapati semakin “sembuh”!
      Bagi masalah suami, jika beliau merokok, hentikanlah! – jika tidak merokok, rujuklah beliau ke pakar sakit-tuan/andrologist.

  • AdD says:

    nak menyampuk xberani… tp setuju dgn Yus… lelaki kalau dah gatal, drpd dia buat benda mengarut n menambah dosa baik bg kawin aje…
    Perempuan mana yg suka dimadu? ada sebab kenapa Allah benarkan lelaki kawen lebih dr 1…
    So wahai isteri2 solehah, kalau tiba2 ditakdirkan Allah, kita terpaksa bermadu,(kita xminta, tp Allah nak uji) redha adalah perkara terbaik yg kita bole buat… elakkan perceraian…

    Dah lari dr topik sebenar ni… perempuan isteri kedua tu pun manusia, xlari dr buat silap.. mungkin itu takdir dia kawin laki org n susah dpt anak.. nasib dia lah…

  • Dila says:

    Assalamualaikum
    Saya kakitangan kerajaan, isteri kedua berusia 44 tahun(suami kematian isteri)dah telah berkahwin selama 3 tahun. Suami mempunyai 3 orang anak daripada iateri pertama. Pada awal perkahwinan saya disahkan mengandung, malangnya keguguran apabila kandungan masuk minggu ke 7. Sebulan kemudian saya menjalani pembedahan membuang fibroid dan cyst. Keinginan mengandung membuatkan saya mencuba pelbagai kaedah seperti pil kesuburan, IUI bebrapa kali namun gagal untuk mengandung. Saya ingin meminta pendapat adakah kaedah lain yang boleh saya lakukan? Adakah melalui LPPKN saya layak untuk memohon?

  • nurul says:

    Ya tuhanku,knpa la semua anda2 diatas N?a?k?. Menghukum dia hnya krana dia isteri ke 2,sorry 2 say,ceteknya pemikiran..jgn menghukum kerana dia isteri kedua,sebaliknya berdoa la…astagfirullahalazim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *