Perjalanan 500+ KM

Esok hari raya, yeah!!

Kami (me, Izzah, hubby dan family kakak) dah hampir separuh perjalan balik kampung sejauh 500 km lebih. Ohh… sangat la penat.

* Me lintas lansung dari dalam kereta ni. Pakai netbook (bukan notebook ye – netbook=laptop mini) dan Celcom Broadband.

Kami bertolak dari Meru pukul 6.15 pagi tadi. Dan, start konvoi dengan kakak lepas Tol Gombak.

Jalan sangaaaaat la jem. Bayangkan, almost 2 hours nak melepasi Tol Karak. Banyak kereta tersadai sebab overheat. Lepas je tol karak, jalan clear.

Dah setengah jam keluar dari rumah baru me sedar, me tak bawak cable camera. Aisehhh… macam mana nak upload gambar dari kamera ke laptop?

Makanya, entri me pasal raya dan balik kampung dari hari ni sampai lepas raya ke 3 adalah tanpa gambar la ye.

Sekarang berada di Dungun. Banyak kereta tapi tak jem. Kira okey la. Tadi, masa lalu Highway Pantai Timur me yang drive. Ni hubby punya turn pulak.

Kalau balik kampung, kami memang gilir-gilir drive. Sebab hubby nak tidur… Dalam kereta comel ni pun boleh dia tidur. Siap baring kat seat belakang lagi..he..he.

Badan me sengal-sengal. Tadi masa berhenti kat Hentian Sebelah Lancang, bukan main ramai orang nak pegi toilet. Beratur panjang sampai ke luar kaki lima toilet!!

Ish.. pening pulak rasa. Nak tidur la.

Selamat Hari Raya!!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *