Anakku Merdeka Contest

KedaiGambarKami yang organise contest ni rupanya melanjutkan tarikh sampai 27 Sept.. horeh!

Me ingat dah tak de chance hantar tapi sebab ada 2 hari lagi… apa lagi mesti join lah. Kebetulan memang ada gambar Izzah dengan Jalur Gemilang masa cuti merdeka hari tu.

Banyak pulak gambar Izzah dengan bendera.. ish.. yang mana satu nak letak ni. Last-last me pilih yang ini. Me memang suka ambik gambar side tepi atau belakang camni… baru terserlah aksi bersahaja yang comel dan patriotik….ha..ha..

Izzah Anak Merdeka

Nama: Izzah Nabihah
Tarikh Lahir: 31/03/2008
Umur: 1 Tahun 6 Bulan

Kena buat slogan (my favorite nih… tapi sebab tak sempat nak fikir…belasah aje la…ha..ha..ha).

Kami bangga menjadi anak Malaysia kerana…

Malaysia ini satu Amanah, Lestari merdeka Aman sentosa, Yang kaya budaya, Sentiasa dicinta dan Indah dimata Anak Malaysia semua!

*lestari = kekal

*slogan di atas mendefinisikan MALAYSIA (sila tengok huruf bold bewarna merah… hidup Malaysia!)

Syarat – syarat:

  1. Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia termasuk yang berada di luar negara.(Kos penghantaran hadiah bagi blogger yang berada di luar negara hendaklah ditanggung oleh blogger itu sendiri). *saya anak Malaysia!
  2. Copy contest banner di atas (click je atau left click pada gambar, kemudian save image as).Letakkan pada side bar blog anda. *dah! ada kat middle sidebar.. kena pegi http://rosibrahim.com/ homepage baru nampak.
  3. Linkkan blog ini dalam blogroll/bloglist anda. *dah!
  4. Buat entry khas bagi contest ini , linkkan blog ini dlm entry tersebut dan lengkapkan slogan ini tidak melebihi 100 patah perkataan: “Kami bangga menjadi anak Malaysia kerana……………….” kawan2, syarat ni diedit semula kerana rasanye agak susah nak buat slogan panjang2 :)…so syarat baru ialah..lengkapkan slogan di atas dlm 20 patah perkataan shj ye? *dah!
  5. Uploadkan sekeping gambar anak(anak-anak/anak saudara/sepupu/anak buah/adik/anak menakan heh) anda dengan aksi bersahaja/ patriotik/comel bersama bendera Malaysia.(Umur anak : newborn – 6 tahun sahaja).Nyatakan nama & umur anak (anak-anak)tersebut. *dah!
  6. Setelah siap, postkan komen pada entry contest ini dan kami akan menyemak penyertaan anda. *dah!
  7. Hanya 16 penyertaan yang akan dipilih ke peringkat akhir dan pengadilan bagi menentukan pemenang(satu pemenang sahaja) adalah melalui pemarkahan gambar dan slogan yang anda hantar oleh 3 orang juri profesional (akan diumumkan kemudian).
  8. Keputusan akan diumumkan setelah juri – juri selesai proses pengadilan.Sekiranya terdapat keputusan “tie”/ seri, maka pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif.

Hadiah utama :
Sebuah pocket photobook yang bernilai RM129.00

2 x Hadiah kedua:
Baucar tunai RM35.00 bagi pembelian pocket photobook atau coffee table photobook

3 X Hadiah Ketiga :
Baucar Tunai RM20.00 bagi pembelian pocket photobook.

Okay lah… sebab gambar di atas tak nampak muka Izzah yang comel itu… ni me selitkan gambar Izzah tengah berdiri tegak sebab menghormati lagu Negaraku.

Izzah Anak Merdeka

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *