Johnson's Baby of The Year 2009.

Johnson’s Baby of The Year kembali lagi. Sesiapa yang ada anak bawah 2 tahun (lahir selepas Oct 2007), ini lah masanya nak cuba nasib. Terutama kalau anak dah berumur 1 tahun lebih macam Izzah ni. Ini adalah peluang terakhir untuk menjadi Johnson’s Baby of The Year!

Mana tau kan, kalau ada rezeki – anak menang grand prize yang berjumlah RM15,000 tu. Peluang untuk jadi cover majalah Keluarga pun dapat… yeha!

Hadiah-hadiah contest ni pun memang kaw-kaw punya.

  • 1 x Hadiah Utama – wang tunai RM15,000 + hamper Johnson’s Baby bernilai RM1,500 + muncul di hadapan kulit majalah Keluarga
  • 1 x Hadiah Kedua – wang tunai RM8,000 + hamper Johnson’s Baby bernilai 1,000
  • 1 x Hadiah Ketiga – wang tunai RM5,000 + hamper Johnson’s Baby bernilai RM750
  • 7 x Hadiah Sagu Hati – wang tunai RM1,000 + hamper Johnson’s Baby bernilai RM200
  • 10 x Separuh akhir – wang tunai RM200 + hamper Johnson’s Baby bernilai RM150

Dasat kan hadiah-hadiahnya?

Maka dengan rasminya, Izzah pun telah dimasukkan ke dalam contest tu…muahh..ha..ha!

Nak masuk senang je pun. Hantar gambar baby yang paling cute bersaiz 3R/4R berjumlah 2 keping. Satu mesti full body photo dan satu lagi mesti full face photo.

Kalau korang rasa takde gambar yang sesuai, boleh aje pegi instore photo-shoot kat shopping mall yang disenaraikan. Me dah tulis pasal Johnson’s Baby of The Year contest tu kat MomBloggersPlanet. Terjah sana ye untuk maklumat. Dekat komen ada tips camana nak menang lagi…ha..ha..ha

Lupa pulak nak cakap. Gambar mesti disertakan dengan resit pembelian apa-apa barang Johnson’s Baby (sebarang jumlah).

Jadi dengan terujanya, me membeli satu twin-pack bedak saiz besar dan satu mandian bayi juga saiz besar. Kenapa saiz besar? Sebab saiz besar harganya mahal sikit. Kalau kita beli barang yang kecik-kecik mungkin diaorang tak pandang kot…ha..ha..

johnson-1

Me kiasu okeh. Me nak Izzah menang Grand Prize tu!

Inilah gambar yang dipertaruhkan. Gambar ni diambil oleh photographer professional Saiful Nang masa Photo Clinic anjuran ThePhotoMama.com kat Tasik Perdana. Me pun ada ambik gambar Izzah time tu, tapi takde yang eye contact. Sebab dia asyik duk pandang dan senyum kat Saiful je..ha..ha..

johnson-2

Sebab me nak hantar melalui pos, borang yang siap diisi dan resit mesti kena tampal kat belakang gambar.

johnson-3

Me ingat nak hantar 5 borang guna gambar yang sama, tapi macam terlebih kiasu la pulak…ha..ha..ha. Jadiknya, me hantar 2 aje lah dulu..ngeh..ngeh.

Oh ya… mesti ramai yang hantar borang melalui pos kan? Agaknya staff Johnson’s bukak tak envelope me? Apa peluang untuk diaorang bukak dan tengok gambar kat dalam tu? Mana tau…kot terlalu banyak, diaorang bukak yang mana sempat je… betul tak?

So, untuk menambah peluang envelope me di bukak dan dihakimi, me antar dalam envelope bersaiz besar. Dan, dihiasi dengan gambar yang digunting dari majalah. Serta, perkataan bagi menarik perhatian untuk diadili..ha..ha..ha.. I know.. I know… me kan kiasu!!

johnson-4

Dan untuk memastikan penyertaan me sampai ke PO Box Johnson’s Baby – satu me hantar pakai Pos Express, dan satu lagi pakai pos biasa… muah..ha..ha

  • Kalau tak menang tak apa, janji me dah buat yang terbaik untuk Izzah…. last chance ni.
  • Siapa-siapa nak tiru style me silakan lah.. tapi rasanya pergi indoor photo-shoot tu better kot especially kalau you all rasa gambar tak berapa cun okeh! Last entry 31 August 2009 ya.
  • Siapa yang tak masuk tu, doa la Izzah menang Grand Prize, pleaseeeeee! Muahh..ha..ha… hidup mesti kiasu mah!
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *