What I Do For a Living

Entry ini ditujuan khas buat Erni Dila sebab dia telah mengetag me dengan sesuka hatinya..ha..ha..ha And, the tag came together with a question pulak tu..hah..ha..

3. Kak Ros (i wander la kak ros,macam mana u got time to buat review blog la buat contest la set up MBP semua.

Ok, shall we dance now?

Me paling tak suka nombor. Masa sekolah dulu tak pernah dapat A dalam matematik (macam mana nak dapat A, homework pun tak buat..he..he).

Tapi bila masuk U, terpilih la pulak kursus yang memang 90% melibatkan nombor (tersilap pegi letak jurusan pernomboran ni sebagai choice no 1 dalam application UPU, padanla muka).

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pilih kursus U mana boleh sesuka hati nak undur!

Maka bertahun-tahun la me hidup, makan, mandi, dating, tidur semua dengan nombor…

Eh.. masih belum dapat guess ke me kerja apa? Alah.. kerja yang paling membosankan dalam dunia ni, kerja skema orang kata, setengah orang pulak kata kerja paling lumayan, kerja pro…ha..ha

Ok.. me kerja sebagai.

.
.
.
.
.
.
.
.

Jurukira Nombor Bertauliah @ Penyimpan Kira-Kira Terhebat @ Akaun…….tan!

Hari-hari me masuk kerja pukul 8 (cakap je pukul 8, tapi selalunya 10-15 minit lambat, but my boss tak kisah punya..lucky kan me?)… dan balik mesti pukul 5 sharp (kadang2 before 5 dah cabut, again..my boss tak kisah punya… horeh!)..

Boss tak kisah bukan sebab me anak emas boss ye.. bukan me guna-guna itu boss ye… dia tak kisah sebab dia memang jenis boss yang tak kisah u datang lambat ke, balik cepat ke… asal kerja siap.. tapi lambat/cepat tu berpada-pada la… lap u la boss!

Apa ye i buat sebagai akauntan….hmmm… macam-macam benda yang melibatkan nombor la..boring la.

  • 1 hingga 6hb – tutup akaun/analisa penyata untung rugi/handle big boss punya soalan/deal dengan operation/sales/projek team/costing
  • 7 hingga 30hbRILEKSSSS la beb!….heh..seronok la kalau dapat rilek tu..ha..ha.. time ni macam2 kena buat la…report/costing/audit/investigation/meeting/training/statistik dan macam2 la… tapi kalau me bagus manage time.. so kerja cepat siap…dan me boleh lah menerjah blog…ha..ha..ha

Me

Pendek kata, kerja me memang hari-hari dok mengadap laptop je la.. of course la pegi toilet, makan atau surau tak bawak laptop.. kalau bawak gak kira gila-kerja atau kerja-gila la tu..

Untuk memeriahkan entry ni, terpaksa la me men-camwhore-kan diri sendiri kat ofis.. sebab keje me tak canggih kena panjat gunung berapi ke, terjun laut ke… hu..hu..hu

Me

Okey, let’s go to soalan Dila tu “i wander la kak ros,macam mana u got time to buat review blog la buat contest la set up MBP semua.

Wander je la Dila… malas ah nak jawab…keh..keh..keh

Oopps.. Dila dah emo…awat hang cepat sangat emo nih…ish..ish

Okeh la.. straight to the point aje la.. me keluar ofis pukul 5 dan ambik masa 30 minutes nak sampai nurseri Izzah… dah pickup dia… sampai rumah 5.45pm…solat asar/bagi izzah makan/mandikan dia/masak… tup-tup dah pukul 6.45pm… penat tak hingat makcik!

Pukul 8pm, Izzah tido dan me pun mula on laptop… check2 email/buat apa yang patut dengan blog etc…. pukul 10pm… zzzzzzzzzzzzz la.

Ha…itu cerita weekdays… cerita weekend belum tu..

Weekend kalau kami tak pegi mana-mana, memang laptop tu akan online dari pukul 7 pagi sampai la 3-4 pagi hari berikutnya….ni la masa nya me memaksimakan guna celcom broadband RM68 sebulan tu…. hu…hu..hu

So, ada terjawap tak soalan “macam mana got time” tu?

Let’s summarized okeh?

Selain daripada fakta bahawa:

  1. me adalah salah sorang power ranger
  2. me kawan dengan Merlin so ada kuasa magik
  3. me ada 25 jam sehari

Sebab utamanya ialah…… me adalah mama yang cemerlang, gemilang dan terbilang… horeh!

Kidding je la… ok..ok…ok… sebabnya me ada motivation and GOALS to achive.

Jadik akauntan memang la bosan, tapi duit masyuknya…emmm..emmm…boleh tahan la. Tapi, me tak nak kerja macam ni forever and ever. Sejak ada Izzah ni, me nak duduk rumah jaga dia… tapi pada masa yang sama… me nak duit pun masyuk la jugak…ha..ha..ha

Tapi me tak mau join MLM jual korset, tak mau itu, tak mau ini…

Camana tu… tak nak kerja, tapi berangan nak duit masyuk sama atau lebih dari gaji sekarang? Minah jenin ke apa…

Jawapannya ada pada blog. Make money blogging. Mesti dapat income at least sama dengan my current salary atau more. Then, I will resign my boring job. Itu my goal!

My goal itu la menyebabkan me menjadi power ranger, ada kuasa magik dan got 25 hours a day.

Actually kan, kalau kita ada matlamat.. tak kira apa pun…dengan sendirinya kita akan usaha CARI masa untuk mencapainya. Contoh la kan, kalau kita buat Master atau Phd sambil bekerja. Apa matlamat kita – sudah tentu untuk tamatkan Master/Phd dan lulus exam kan?

Macam mana nak buat tu? Kena pandai cari masa lah. Kalau dulu, malam2 tengok TV, sekarang replace dengan study. Kalau dulu weekend/public holiday asik nak berjalan je, sekarang kena put priority on studies. Insyaallah, masa itu ada. Semua orang ada 24 jam kan?

Dah jawap tag dan dah jawap soalan kan…kan..kan?

p/s I’m writing this at 3.10 am, Saturday 11th July 2009.

Me

Oleh sebab Dila telah sesuka hati mengetag me, maka me pun sesuka hati mengetag mereka-mereka ini…muahh..ha..ha..

  1. Watie
  2. Jiji
  3. Sya
  4. Diah
  5. Isabelle
  6. Marina
  7. IntanJameel
  8. Mommy Lysa
  9. Supermummy
  10. Mommy Lyna
  11. dan siapa2 yang rasa rajin nak buat tag ini.

Senang je… just story what you make or want to make for a living – tajuknya “What I Do For A Living”. Ok?

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • Jiji says:

    tag tag tag@!~ *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii*@!~
    .-= Jiji´s last blog post..lagi-lagi ‘Mini Me’ ( another sample). Ok tak? =-.

    • anasfadilah says:

      woahh..memang la power ranger..

      terinagt iklan astro

      i got time i got time

      menggunakan masa semaximum mungkin dan tidak mengabaikan perkara lain

      motivate diri sendri ni..hehehe

      emo?hahaha

      namapun emoerni..hahaha 😛

      p/s::tak pernah suka akaun masa belajar,5 sen pun kena kira,kira halal aje lah..hahaha

    • littlemama says:

      jiji, mana mau lari ha.. cannot lari-lari mah! muahh ha ha

  • Mama Marina says:

    ehehe.. I kn keje kilang… ahahahha.. ok nnt i buat tag u ye.. tq 😆
    .-= Mama Marina´s last blog post..When is your Kid’s LALALAND time? =-.

  • anasfadilah says:

    matlamat lagi satu,kena ada..apa2 buat pun kena ada goal

  • farah says:

    waaah saya pon nak jadi salah seorang power ranger la macam kak ros hihihi..

    tp mmg btul..kalau ade matlamat mesti kite berusaha kan nak capai matlamat tu..biar sanggup online pukul 3 pagi sekali pon..chaiyo kak ros!

    • littlemama says:

      farah, nak jadik powr ranger kaler apa? nanti akan propose kat ketua segala power ranger..ho..ho

  • Real Woman says:

    memang salute la kat Little Mama dan juga semua supermums yg ada kat luar tu!
    .-= Real Woman´s last blog post..Victoria Beckham, Hermes Birkins, Mad Mad World =-.

  • supermummy says:

    aaaa..dah lama tak kena tag..nanti akan ku fikir apa yang nak di tulis..kehkeh
    .-= supermummy´s last blog post..Missing on Man United tickets and a funeral =-.

  • mamamiya says:

    i tak reti konsep tag mentag ni. so i takde comment or relevance to the tagging.

    tp nak citer similarity kita la little mama.

    i am little…u seem to also be little.

    ur not so good with math..same goes for me too.

    ur an accountant…and i am a quantity surveyor…slalu sgt pening kalau kena buat final account project..menci menci…

    whatever dever, janji kita reti kira duit sendiri udah.

    • littlemama says:

      mamamiya, ha..ha.. sama la kita little mittle..oh yeah..duit sendiri mesti reti kira punya ..he..he

  • mama emma says:

    i tgk number mmg leh pengsan.. kekadang tgk duit juta rupiah pun dah pening.. miahaha!!!

  • sya says:

    number…
    tak pernah tengok cerita ‘number’ (apa kena mengena? :P)
    tapi, suka gak mengira2, dalam nama pun ada ‘kira’ apa.. sya’kira2′.. hahaha…
    masa U mintak kira2 jugak, tapi dibaginya yang saya tak suka macam kak ros.. memang tak suka gila subjek sains (janganlah anak muridku baca ni.. huhu) alih2 kena ambik dip. sains, degree pend. sains.. dan mengajar sains seumur hidup.. huwaaaa…
    hehehe…
    dah memang rezeki kita di situ kan? tapi enjoy dengan kerja ni…

    akan ku buat tag ni nanti.. hehehe
    .-= sya´s last blog post..cikgu??? =-.

    • littlemama says:

      sya’kira2′, cerita “number” yg investigate crimes pakai calculation nombor tu ye…i minat sangat cerita tu…eh pulak..ha..ha

      rezeki dah Tuhan tentukan.. terima aje dgn hati terbuka..

  • Watie Aziz says:

    wah ..tq so much ffro tagging me Ros …wah ..banyak hutang dah nih ..ehhee..nanti i jawab kay .. heheh

    i tak reti sgt nak money blogging ah ros ..u tgk ah blog Q …mana ada nuff nang semua ..cam semak jer mata i tgk iklan2 tuh ..wakakkaa..tapi nak gak money blogging ..nanti nak berguru ngan u ah Ros .. leh tak? ehhehehe 🙂

    • littlemama says:

      watie,ha..ha.. memang nuffnang ni semak mata.. tapi kalau kena cara…duit masyukk mak..he..he

  • Diah says:

    Adoiiikk..dah kena tag pulak… kejap buat lah ni…
    .-= Diah´s last blog post..Dari dapur Beruang 0609 =-.

  • cikpid says:

    HUHUHUHU…mmg power rangers aa kak ros ni..i admire u okeh part bahagi2 masa ni..
    .-= cikpid´s last blog post..How to Prepare your baby food in 15 minute… =-.

  • Mommy Lyna says:

    Walla, jam 8 dah tido!!! Heavennya! My sons jam 12 br terhegeh2 nk tido. Isk3x.

    Alamak i ni tak keja ni nak taruk apa? Huhu. Makan, tidur & bernafas dgn betul. Pisss! Hehe.

    • littlemama says:

      mommy lyna, ye ke tido pukul 8 tu..ha..ha.. tak kerja kat ofis tak semestinya tak de buat something for a living, kan kan kan

  • Ummi Hanie says:

    salam kak ros ,

    hehh..ini soklan hampir seropa yg sy tanya mase blog review tuh…
    but then d cni lebih details jwpn nya yer… sy yg full time housewife ni pun masih xleh buat mcm kak ros.Yes , i agree with money blogging..ade bbrp buah blog utk tujuan itu, tp still xdpt maintain dgn penuh dedikasi..kureng disiplin kot??? (name je pengawas skolah dolu2)

    erm..ohh..kak ros mesra tag gak ekk??igtkan x layan tag2 segala…hahaa…ok nice to know u..hope to know u more n more..sambil cedok2 sikit ilmu blogging n buat duit dr laptop ini ya

  • SOHO Mama says:

    Kelakar lah baca u punya entry ni..! I rasa kita berdua sama..golongan yg ingatkan ada 25 jam sehari kahkahkah..! Dalam masa yg sama I lega jugak tak terkena tag ni..ada satu lagi tag yg belum buat lagi nih 🙁
    .-= SOHO Mama´s last blog post..My Proton Persona is for SALE =-.

  • isabelle says:

    woahhh…
    sama le kiter. maths tu rasanya dulu x hengat punye susah.
    masa trial SPM org lain dpt A1, saya sorg je dpt A3.
    hina sungguh smpi kena masuk kelas ICU. hahaha.

    kalo belajar akaun pulak, 1 hapa pun x faham. jadi masa PMR, mana2 soalan kemahiran hidup ttg akaun, tembak je….
    maka dpt la A. tu la kena mahir dlm menembak gamaknye.

    TQ kak rose, will do it soon 😉
    .-= isabelle´s last blog post..Does ur hubby call u…this? =-.

  • littlemama says:

    hanz, next time kena tag u gak ah.. tak kira la u malas ke tak malas…muah hahh hah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *