Masalah Semasa Mengandung | Simpul Biawak ~ Kaki Kejang

Gempak tak tajuk, Simpul Biawak … muah ha..ha..

Me rasa semua ibu2 mengandung tak sah kalau tak kena simpul biawak ni kan… apa tu orang putih panggil ‘leg cramp’.

Kadang-kadang me terfikir kenapa la orang kita panggil leg cramp ni sebagai simpul biawak. Kenapa pilih ‘biawak’… sungguh kurang comel la..ha..ha.. Dalam banyak-banyak haiwan, biawak pulak dipilihnya… bertuah biawak.. dapat glamer free..

Apa kata kita tukar nama simpul biawak ni ke ‘simpul panda’ – sebab beruang panda kan comel dan montel (sama macam pregnant mommies)…ha..ha..ha

Siapa tak tau atau tak pernah dengar simpul biawak angkat tangan? Ok.. apa itu simpul biawak?

Pernah tak salah satu kaki rasa sakit dan jari kaki akan kejang dan tak boleh digerakkan (terutama tiga jari kaki yang tengah). Kadang2 jari kaki tu akan hampir bersilang dengan sendiri. Dan, time tu kita akan rasa sakit tak hingat!

Pernah kan? Itu la simpul biawak @ simpul panda. Kalau tak pernah kira lucky you!

Anyway, me terpanggil (cewah boleh ‘terpanggil’ la pulak) nak tulis pasal simpul biawak ni, bukan sebab me memang pernah kena simpul biawak… eh simpul panda ni masa pregnantkan izzah dulu…

Sebabnya, last few days pun me kena!! Walaupun tak pregnant… heran kan? Sebab kita selalu kaitkan simpul biawak dengan orang pregnant..

Dan dari pemerhatian dan pengalaman, me dapatkan simpulkan (simpul lagi..) bahawa simpul biawak ni bukan disebabkan mitos-mitos ini. Me dah search internet dah, dan kebanyakan orang kata;

  • Simpul biawak berlaku sebab tak cukup kalsium. Sebab masa pregnant kalsium kita diambil oleh baby. So, nak hilangkan simpul biawak atau simpul panda ni, kena minum banyak-banyak susu. Benar ke?

SALAH! Sebab masa me pregnant dulu me memang minum susu hari2. Dan ambik supplemen pil kalsium lagi. Tapi me still kena simpul biawak jugak. Sungguh sakit tau..hu..hu..hu. Dan, sekarang me tak pregnant dan selalu minum soya, tapi kebelakangan ni pun terkena simpul biawak jugak….

  • Simpul biawak terjadi sebab suhu sejuk. Sebab itu simpul ni selalu jadi waktu pagi macam 2-4 pagi gitu. So, nak elakkan simpul biawak aka simpul panda ni, kena sapu minyak panas dan pakai stoking time tidur. Benar ke?

SALAH! Sebab masa me pregnant dulu, bilik kami tak de aircond dan cuaca time tu memang sangat panas. Malam-malam pun panas. Dan, kalau me rasa sejuk, memang me pakai socks. Tapi, kenapa kena simpul biawak juga? Pelik kan….hu..hu

So, nak tau apa sebab utama simpul biawak ni? Jeng jeng jeng.

Sebabnya, tak cukup AIR dan GARAM!!

Walla weh.. sebab apa me cakap camtu. Okey. it’s like this. Me jenis suka minum air like 15 minutes once…mesti nak minum walaupun sikit (sebab tu kenc*ng lawas je…ha..ha). Tapi, since last two weeks, me puasa ganti. Dan hanya minum secawan air suam masa sahur (salah me la, sahur cincai aje, tapi kalau time bulan puasa, sahur mesti proper, siap air milo lagi tu.. sebab tu masa bulan puasa tak pernah lak pulak biawak masuk kaki…ha..ha).

Hari pertama dan kedua puasa, ok.. tapi malam third day… tiba-tiba kaki kejang, kena simpul biawak!

Me pun terfikir, mesti tak cukup air dan garam (kan tak minum dan makan di siang hari), so cepat-cepat me minum air dan makan kacang pistachios tong garden (memang kacang cap tong ni ada rasa masin2 sikit). Dan seperti magik, hilang terus simpul biawak tu.

Dulu time pregnant, simpul biawak ni pasti berkali-kali menyerang dalam masa singkat. Kali ni.. cuma sempat serang sekali je..ha..ha..

Sebenarnya, air terutama air mineral ni tolong menyimbang paras glukosa dan elektrolit dalam badan. Kalau elektrolit ni tak balance, tu yang terkena simpul biawak bagai tu. Elektrolit tu = cecair garam dalam darah

electrolytes 

Chemically salts that dissociate in solution and will carry an electric current; clinically used to mean the mineral salts of blood plasma and other body fluids, especially sodium and potassium.

Habis tu kenapa simpul biawak selalu jadi kat pregnant moms? Sebabnya, kan time pregnant badan gunakan air yang banyak untuk buat air ketuban. Kalau kita terkurang minum air, senang la kena simpul biawak ni. Dah la time pregnant, badan selalu rasa panas dan berpeluh kan? Dan, masa pregnant kan kita asyik nak terkenc*ng je betul tak?

Tambah tu, setengah pregnant mom dinasihatkan tak ambik makanan bergaram. Sebab takut kena darah tinggi. Padahal, garam ni actually help mengurangkan terjadinya darah tinggi (I read about this somewhere, nak kena cari balik).

Tips Kalau Tak Mau Kena Simpul Biawak

  1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (atau make sure garam ada walaupun sikit dalam makanan kita, salt=sodium)
  2. Banyakkan makanan ber-potassium tinggi macam pisang

Tips Kalau Dah Terkena Simpul Biawak @ Simpul Panda

  1. JERIT mintak tolong kat suami….ha..ha.. (minta suami tekan tapak kaki dan picit-picit).
  2. Picit ibu jari kaki sekuat hati (petua dari arwah nenek) – tengok gambar 1. Memang berkesan, tapi kena picit kuat2 for hampir 1 minit.
  3. Picit bahagian pergelangan kaki (tengok gambar 2, tak reti ah nak describe – ni petua me sendiri, baru discover malam tadi dan sangat berkesan..ha..ha).
  4. Tarik semua jari kaki (tengok gambar 3 – petua me)
  5. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang2 kaki) – me guna tiger balm
  6. Kalau tengah duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang mulanya sakit, tapi akan cepat hilang kalau kita bergerak).

p/s Selalunya simpul biawak @ simpul panda ni kena sebelah kaki at a time. Tak pernah pula kena 2 kaki sekaligus… kalau kena mau meraung tak hingat…sangat sakit mah!

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *