Izzah Jatuh, Dahi Benjol!

Macam biasa, me pergi ambik Izzah kat nurseri. Tapi hampir nak luruh jantung tengok ada benjol kat dahi dia!

Bukan benjol sikit-sikit pulak tu….aih.. benjol besar tu…kalau tengok dari sisi memang menonjol la benjolnya…berkilat-kilat..

Me: Eh, kenapa dahi dia ni?

Umi Taska: Ohh.. umi nak mintak maaf ye.. tadi Izzah tatih jalan..pastu dia terduduk jatuh..dahi kena palang kayu…

Me: Hah.. ye ke?

Izzah

Me terus dukung Izzah letak dalam car seat… drive balik pun me tak borak2 dgn Izzah macam biasa.. sebab terkejut.. sambil duk layan perasaan… habislah hangin babahnnya nanti..huwaaaa

Taska tu memang letak palang/pagar kayu antara bilik supaya baby tak merayau ke tempat yang tak sepatutnya.. Ni mesti Izzah berpaut kat situ… test jalan-jalan.. pastu gedebuk.. jatuh!

Me cuma sapu balm Earth Mama Angel Baby… benjol pun surutlah. Tapi…………ada luka tergores!

Alamak! Jatuhlah saham anak dara me ni… sebab dahi ada parut…huwaaaaaa!

My hubby memang sangat hangin dengan insiden ini.. terus dia call umi nurseri tu… cakap dia tak puas hati… lain kali tengok la… budak kan belum berjalan betul..mesti kena jaga..

Me tak larat nak layan hangin dia… sebab me badan sangat penat woo… puasa mah.

Tengok la ni… macam “nandek” dah dahi anak dara me….macam mana nak hilangkan parut ni..cuba cakap..

Izzah

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • ala..siannye izzah. kena sapu minyak gamat hari2 kot bagi hilang parut tu
    .-= yatie chomeyl´s last blog post..VOTE for Baby SN goes sunbathing (*-*) =-.

  • Precious says:

    Eeehhh … tak dek jatuh saham tuu. Tak lama lagik ilang ler bekas luka tu. Bebudak ni cepat sembuh. Bukan macam yang dah tua2 macam kita ni .. eh silap .. yg dah tua macam I ni … lambat le sembuh! Don’t worry eh!
    .-= Precious´s last blog post..070809 =-.

  • Jiji says:

    I perasan satu laa sejak dulu, anak musti laaa ada sekali akan benjol kat kepala. Kalo takde tak sah untuk membesar. Hehehe. Jatuh katil laa, terlanggar pintu laaaa@~

    Kak ros tanya tak lepas benjol tu Izzah ada muntah-muntah ke minom susu?
    .-= Jiji´s last blog post..Korang punya Cpanel Blogger gila tak?? =-.

    • littlemama says:

      jiji, tu la pasal.. kalau tak kat rumah sendiri, kat nurseri.. takde dia takde muntah2, ok je minum.. so takde nak risau sangat

  • mama emma says:

    pjg tu luka dia… sia kat izzah… i pun xdak petua nak ilangkan luka tu…. cuba consult doc, then share kat sini…
    .-= mama emma´s last blog post..-CALON UTK WEBLOG POPULAR 1MALAYSIA- =-.

    • littlemama says:

      mama emma, i experimen letak minyak gamat + angel baby balm.. macam nak hilang…we see how next few days

  • SOHO Mama says:

    Alahai kesiannya Izzah..kids are so prone to these accidents, right? Tapi kita la tengok mcm seriau je..nak2 kalau benjol & bertanda mcm Izzah ni. Tapi tanda tu mesti hilang punya…mengikut pengalaman I lah 🙂

    Masa Amsyar 2.5 tahun, dia pegi bergayut kat langsir bilik we all (langsir side window, langsir narrow je). Dulu2 papa dia pasang railing tu mmg la tak expert. Habis jatuh bedebuk kena muka dia. Tapi dia tak la nangis teruk sgt (budak2, ada yg tlg tuh)..tapi alahai calar balar muka dia! Mcm bergaduh dgn kucing pulak :P..pastu jap je hilang..
    .-= SOHO Mama´s last blog post..My Proton Persona is for SALE =-.

  • sitisifir10 says:

    Macik,
    Mm…sebab Izzah dah lama jatuh so bab benjol tu susah lah sikit. Ada saudara saya sampai luruh habis rambut sbb amik antibiotik hape ntah nak surutkan bengkak tu. Dan ada juga one of my fren yang sampai keluar sedikit cecair otak sampai bengkak nya jadi makin lama makin besar.

    To me, kalau anak jatuh atau terantuk, saya cepat2 lenyek juga bengkak tu sampai nampak dia kemek. Kalau tak dia akan membiru di situ. Utk langkah keselamatan, bagi dia minum air atau susu or whatever dan perati adakah dia akan muntah slps tu. Jika tak maka tak de inner punya injury, kalau ada maka sila la ke wad kecemasan.

    Insya ALLAH didoakan moga cepat hilanglah parut dan bengkaknya ye…banyakkan selawat syifa OK

    • littlemama says:

      sitisifir, wah.. negerinya dengar sampai camtu sekali tu… benjol tu dah hilang dah, cuma part gores tu..

      alhamdulillah, izzah tak de muntah2.. makan minum selera aje

  • eliss says:

    hamka ada cakap dalam tulisan dier, kalo budak yang rajin terhantuk, lemah sket matematik 🙁
    nuha hari tu pun sekali dah lebam kena almari kat rumah pengasuh..sedih jugak tengok dier tapi my hubby plak coolkan ckp, biar dier belajar jatuh bangun macam mana rasa 🙁
    .-= eliss´s last blog post..As busy as a bee… =-.

    • littlemama says:

      eliss, series hamka cakap camtu…alamak..dah la mama dia memang lemah matematik..ha..ha.. eh..izzah jatuh sekali je baru..ada effect gak ye..

  • cikpid says:

    owh..terguris dahi izzah..

    kalo laa anak sy..msti sy ade terguris ati sikit..huhuhu..

    sy xleh tgk anak cedera2 ni..hahahha..
    .-= cikpid´s last blog post..My passion…. =-.

  • nadya harada says:

    emak sy ckp klu letak minyak gamat nanti berparut
    tak tau la plak..sy takde baby lagi.hik hik

    • littlemama says:

      nadya, eh.. ye ke pulak…huwaa!

      takpe.. takpe.. let’s see 2-3 hari ni…macam dah kecik je parutnya

  • bitt says:

    huh kalo me dah pengsan dulu lepas tengok kecederaan itu… ya Allah sian izzah…tak pe lelama boleh hilang makan sayur bebanyak yer izzah..kalo parut kat badan aunty ni aunty tepek jek collagen..hehehe tapi izzah kecik lagi tak bleh buat cenggitu makan jek sayur & buah bebanyak nanti ilang la parut tu bila besau…teringat masa ismeth jatuh katil..wuaaa…iskandar berpaut mcm izzah jugak masa kecik tapi kena kat dagu…tapi ilang dah sib baikkan…
    .-= bitt´s last blog post..2W July : Photo Studio, KLCC =-.

    • littlemama says:

      bitt, walla…tepek collagen ye…ha..ha.. ok ..kena make sure izzah makan veggie banyak2 nih..

  • D says:

    siannye baby izzah..letak gamat gel selalu.. insyaALlah ok nanti..
    .-= D´s last blog post..ikan bau ‘lavender’ =-.

  • ida.z says:

    Budak2 selalunya cepat recover parut dia..Cuba letak Vitamin E..mana tau kot2 berkesan..

  • sya says:

    ish, kesiannya izzah…
    saya pun pernah juga naik angin kat taska ni, anak kita cedera tak bagitau pun sebab apa.. nasib baik kita ni cek seluruh badan.. tapi, bila dah selalu report kat majikan diorang, diorang jadi alert la sikit…

    bab benjol kat dahi tu, darwisy memang selalu la, hilang satu, naik satu.. budak2 tengak aktif.. 😛
    try lah letak minyak gamat.. baru2 ni letak kat benjol darwisy, cepat juga hilangnya.. ala, budak kecik lagi, dah besar nanti hilang lah parutnya tu.. hehehe

    err, kita dah jawab tag kak ros… 😀
    .-= sya´s last blog post..what i do for a living =-.

    • littlemama says:

      sya, benjol dah hilang, cuma worry bab parut tu.. anak dara la kata kan.. darwisy boboy mesti tak sah tak benjol..ha..ha

  • Diah says:

    alalaaaa cian izzah… cium sket.. mwwah..cepat baik ya nak..
    .-= Diah´s last blog post..What I Do For Living =-.

    • littlemama says:

      auntie diah, mmmuah…kiss-kiss balik.. eh dah baik la lepas aunti cium…he..he —izzah

  • yaya says:

    Speedy recovery dear!
    .-= yaya´s last blog post..Huarghhh…. tension! =-.

  • baiya says:

    besar betul benjol tu siap ada parut lagi..
    tak suka kalau menda macam ni jadi kat budak2 tapi yer la nak buat cam ner dah mmg diaorang baru nak meneroka..
    nak salahkan nursery pun, tah la, kemalangan susah dijangka..
    just hopefully setakat benjol saja and tak lebih dari tu la (tak de lain yg serious)
    and harap nurseri lepas ni boleh alert yg izzah dah start nak try jalan and prone to injury.. tak nak la benda yang sama ulang 2 kali kan..
    .-= baiya´s last blog post..QIS demam.. =-.

    • littlemama says:

      baiya, memang masa ambik dia tu, benjol tu sangatlah besar, tu la…hubby dah call remind dah.. harap2 tak jadik la lagi kan.. masih ada parut tapi kecik je la

  • Hanz says:

    Hugs to Izzah…Mama Ros, sabar yer…

    Mostly tips Mommies kat sini dah suggest…me just nak add one thing only.

    ICE. Better keep Ice Cold Pack at home. BF Moms yg pumping ada advantage kat sini sebab they use this to transport EBM back to home.

    Like us, whenever our boys jatuh atau terhantuk ker menyebabkan terluka atau bengkak atau lebam, immediately kami tekap Ice Cold Pack kat tempat cedera. Ini petua First Aider. So kalau ada darah akan berhenti mengalir, kalau bengkak, cepat surut & kalau lebam pun cepat hilang. Tekap lama2. Later, baru sapu minyak gamat atau krim atau kalau nak tampal plaster atau kalau nak balut…depends pada jenis kecederaan…

    Inform this to Izzah’s Nursery…
    .-= Hanz´s last blog post..STICKY: I found GOLD on the grass! by Baby Hambali =-.

    • littlemama says:

      hanz, i ada ice pack tu dalam freezer.. 2 ketul lagi tu.. tak terfikir lak nak pakai time baru kena tu… tak pe next time mesti ingat… thanks for the tip!

  • Mama Marina says:

    uissshhh… sian anak dare u.. x jatuh saham punyer.. last time my Iffah mase kecik pon camtue.. siap ade luke melecur sbb die maen mancis… tp ALhamdulillah Allah sayang … xde kesan langsung jari2 die.. i paham ape perasaan pasal bkn jatuh dpn kite.. just ready bile smpi time die kene ngan anak orang laen plak.. lagi hangin…

    • littlemama says:

      mama marina, aiyakk… melecur ke? takde kesan…waah..budak kecik memang cepat sembuh ye… lega la

  • QueeNin Murni says:

    Salam, don’t worry about the parut little mama..

    haritu adam kena gigit rabbit dkt tips of his index finger.. 2xbites.. dah mcm nak lunyai jari dia.. 3minggu baru luka kering.. but then hujung jari tu mcm senget sikit.. takut sgt if permenant cacat!
    trus bwk pegi specialist,kot2 la kena plastic surgery..

    sekali doc tu gelak jek.. dia kata.. “don’t worry, he’s a baby.. it will heal, give him 1months, n u takkan perasan pon die kena gigit.”

    and walla.. betul!(masih berkesan sikit tmpt kena gigit tu, tapi dah tak senget dah.. :P)

    budak ni recovery rate dia sgt mengkagumkan! 🙂
    syukur alhamdulillah… (gaya makcik hi-o) 😛

    • littlemama says:

      queenin murni, waaaaahhhh! kena gigit rabbit! jahatnya rabbit.. eh rabbit pun gigit orang ke? nasib baik sembuh takde kesan sangat ek… syukur alhamdulillah (er.. hubby suka ajuk yg makcik tu kata “apa tu, bio auraaa?”..he..he )

  • amirul says:

    SYe dulu waktu 5 thun terlangar dinding so skrg’19tahun’ nie ade benjol besar la dkat dahi.
    X leh ilang,mcm mane ye cre2 nak hilang kan benjol ni? 😐

    • littlemama says:

      amirul, la ye ke.. dah besar pun tak hilang? mesti sebab dah affect tulang dahi kot.. tak pasti macam mana nak buat tu.. ada check doktor tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *