Pengalaman Pantang | Urutan Tradisional Melayu 1

Saya melahirkan anak melalui pembedahan. Tapi itu tidak menghalang saya untuk berurut. Saya rasa semua ibu lepas bersalin perlu diurut. Sebab badan kita memang akan rasa sakit-sakit macam orang tua.

Saya sangat susah untuk berdiri tegak selama beberapa hari selepas pembedahan. Sakit sangat tulang belakang. Mungkin itu kesan daripada bius dan ubat tahan sakit morfin yang diberikan pada saya.

Kaki sangat bengkak dan sembab. Kedua pergelangan tangan pula bengkak akibat dimasukkan jarum.

Perut pula sangat kembung dan berangin. Kadang-kadang rasa sakit bila rahim mengecut untuk kembali ke bentuk asal.

Luka pembedahan pula memang sangat-sangat sakit!

Nasib baik kami kenal seorang mak bidan tua yang merupakan emak kepada kawan saya. Mereka tinggal tak jauh dari rumah kami.

Kami panggil makcik urut itu sebagai nenek. Nenek sudah jadi bidan dan makcik urut selama 40 tahun!

Sudah tentu dia ada banyak pengalaman menyambut bayi baru lahir, mengurut untuk betulkan kedudukan baby yang songsang, urutan selepas bersalin dan urutan untuk menyihatkan badan. Orang Cina dan India pun ada gunakan khidmat mak cik urut ini.

Saya telefon kak Nina untuk booking mak dia selama 3 hari bermula Sabtu (5th March) hingga Isnin (7th March).

Suami saya menjemput nenek yang tinggal di Jalan Kapar.

Mengikut nenek, kita tidak digalakkan guna minyak panas untuk mengurut. Nasib baik mak saya ada bawa minyak urut sejuk bernama Minyak Wan Muda Kelantan.

Pembuat minyak urut ialah Haji Wan Taib Bin Wan Muda dari Pasir Mas, Kelantan. Katanya minyak urut ini telah digunakan sejak 100 tahun.

Pada label ada tertulis:

Untuk menyembuhkan penyakit: patah, tergeliat, lenguh, lumpuh, luka, lebam, sakit perut, kembung, kena api, air panas, disengat serangga. buat mengurut bagi perempuan lepas bersalin, ahli sukan, buruh kasar, ahli pelayaran,  pengembara, dll

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *