Mengandung | Bila Demam, Batuk & Sakit Tekak

Pagi Isnin ~ saya sampai di pejabat tepat 7.06 pagi. Saya berasa sangat sihat hari itu. Tiada rasa pening. Tiada rasa loya.

Tetapi bila Team Phase 2 tiba di office, saya dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Seorang ahli kumpulan tersebut sedang batuk dengan begitu teruk sekali.

Tak lama kemudian seorang demi seorang ahli kumpulan tersebut mulai batuk. Hingga mengjangkiti boss mereka yang duduk sebelah partition saya. Alamak!

Saya pun terkena jangkitan batuk yang sangat dahsyat. Virus apakah ini? Cepat betul merebak hanya dalam masa beberapa jam.

Husband saya sebenarnya sedang demam panas (40′ celcius), sakit tekak *sore throat* dan batuk sejak Jumaat lepas. Tetapi ia tidak menjangkiti saya kerana dia tidur di bilik berasingan. Macam kuarantin lah.

Malangnya saya sekarang sudah dijangkiti batuk di office. Sakit sungguh tekak ini bergabung dengan rasa ingin muntah. Kepala saya berpusing-pusing dengan hebatnya. Saya mula batuk-batuk.

Ish…benci sungguh pada pembawa virus itu. Kenapa lah datang jugak kerja time sakit teruk macam tu. Habis semua orang dijangkitinya!

Saya ni kalau tak mengandung memang tak kisahlah sakit. Tapi kalau masa mengandung dua bulan macam ni mana boleh makan ubat. Gula-gula Hacks pun tak boleh makan tau.

Saya balik awal hari itu. Pukul 1.30 pm dah cabut. Balik nak tidur tapi memang susah nak tidur dengan tekak perit sebegitu rupa.

Esoknya saya mendapat MC. Doktor bagi sore-throat lozenge, ubat selsema dan ubat kumur. Doktor kata boleh walaupun mengandung boleh makan ubat yang diberikan.

Tapi husband saya tak bagi makan!

Hanya boleh gunakan ubat kumur yang langsung tak berguna itu. Saya minum air suam campur madu dan asam jawa. Kononnya petua tradisional untuk sakit tekak. Tapi tak menjadi pun.

Rasa asyik nak terkencing ada lar…

.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *