Rawatan Kesuburan | Langkah Seterusnya Selepas Pil Clomid

Semasa berjumpa doktor pada hari ke 4 selepas haid, saya diberikan tarikh pada hari ke 11 untuk temujanji seterusnya. Temujanji ini adalah untuk prosedur ultrasound untuk melihat samada ovari saya ada menghasilkan cukup telur untuk rawatan kesuburan IUI di LPPKN.

Jika saya ada lebih daripada 4 telur matang maka prosedur IUI boleh diteruskan. Jika tidak, saya akan dinasihatkan supaya bersama suami sebagai usaha untuk mengandung.

Syarat untuk IUI di LPPKN ini adalah supaya peluang prosedur IUI untuk berjaya lebih besar jika telur matang lebih daripada 4.

Appointment saya di LPPKN seterusnya ialah pada 16th May 2007 untuk scan telur. Saya sampai pukul 7.30 pagi tetapi terpaksa menunggu hingga 9.15 pagi sebab doktor masuk lambat. Mungkin jalan jem sebab hujan.

Saya diminta masuk ke bilik ultrasound di sebelah bilik doktor. Ultrasound yang dijalankan ialah jenis vaginal ultrasound. Sebelum ultrasound saya kena pastikan pundi kencing kosong.

Boleh nampak telur dekat skrin! Doktor ukur diameter telur saya tetapi hanya ada 2 biji yang besar. Jadi IUI belum boleh dijalankan.

Kena datang lagi pada 21st May 2007 untuk scan telur sekali lagi.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

No Comments

  • may says:

    Nak tanye.. selain clomid ade tak suntikan lain yang diberikan? sebab mengikut doktor yang merawat saya, kalau clomid sahaja telur tidak akan terhasil begitu banyak. 🙂 saya dah melalui 6 cycle clomid dan setiap cycle saya hanya ade 2 telur sahaja. Mohon penjelasan. 🙂

    • Ros says:

      @may, doktor boleh bagi Clomid sahaja atau kombinasi Clomid dan suntikan hormon seperti Gonal-f. Biasanya kalau Clomid tak berkesan sangat menghasilkan telur matang yang banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *