Rawatan Kesuburan | Bantuan Untuk Mengandung di LPPKN

Hampir 4 tahun berkahwin tetapi masih tidak ada anak. Saya sudah bosan menunggu jadi saya pujuk suami untuk ke  LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara).

LPPKN adalah pusat rawatan kesuburan di bawah kerajaan yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Pasangan yang alami masalah dapat anak boleh mendapat rawatan kesuburan di sini pada kos yang jauh lebih murah daripada kos rawatan kesuburan di hospital swasta.

Berikut adalah langkah untuk mendapatkan rawatan kesuburan di LPPKN.

  • Call LPPKN di nombor 603-2693 7555 untuk tetapkan temujanji pertama. Saya call LPPKN dalam bulan December 2006 dan mendapat temujanji pada 22 February 2007. Masa yang lama sebab ramai pasangan yang bermasalah untuk dapat anak.
  • Temujanji pertama: Pendaftaran dan Semen Analysis untuk suami. Kos pendaftaran RM25 dan Semen Analysis RM10. Masa diambil: setengah hari *result semen analysis terus dapat hari itu*.
  • Temujanji kedua: Ujian darah untuk ukur paras hormon.
  • Temujanji ketiga: Ujian darah untuk ukur paras hormon. Kena call LPPKN sebaik sahaja datang haid dan kena pergi LPPKN semasa hari 1-5 haid. Masa diambil: satu jam. Kos RM60.
  • X-ray HSG di mana-mana hospita pada hari 9-10 haid. Nurse di LPPKN akan berikan borang x-ray HSG. Saya pilih untuk buat HSG di Hospital Tawakal. Kos RM180.
  • Temujanji keempat: Ujian darah untuk ukur paras hormon. Masa diambil: satu jam. Kos RM60.
  • Tunggu haid seterusnya datang. Hari pertama haid mesti call LPPKN untuk tetapkan temujanji dengan doktor. Masa ini boleh cakap dengan nurse kalau nak doktor perempuan.
  • Temujanji ke lima: Hari ke 4 haid pergi LPPKN untuk berjumpa doktor. Doktor akan jelaskan permasalahan anda dan cadangan untuk merawat. Kos RM46.50.
  • Temujanji seterusnya: Kalau pilih untuk buat IUI ada beberapa temujanji dengan LPPKN lagi. Selamat berjaya!
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *